USAHAWAN : KEDAI BORONG & RUNCIT
Nama : Zawani Binti Fauzi Umur : 32 Tahun Ahli : 2010 |
Latar Belakang
Zawani Binti Fauzi telah membuka AZ Seri Chiku bermula pada tahun 2016 sebagai sebuah syarikat jualan borang dan runcit. Menyediakan pelbagai jenis barang keperluan harian seperti makanan, minuman untuk kemudahan kepada komuniti disini. Minat di dalam bidang perunvitan memberi semangat kepada zawani untuk terus memasarkan barangan runcitan secara cod dan pasaran online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Hanya mahir menggunakan Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap minimum.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar barangan runcit dalam kumpulan whatsapp untuk memudahkan komuniti membeli dan mendapatkannya. Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya .Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik.
Nama : Nurul Zulaikha Bt Mohd Noor Azman Umur : 13 Tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Nurul Zulaikha Bt Mohd Noor Azman merupakan seorang pelajar tingakatan 2 yang telah mempelajari asas komputer bermula daripada menjadi ahli di pusat internet. Seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi. Jarak antara rumah dan PI mendorong adik Zulaikha untuk terus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum berkunjung ke Pusat Internet, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas.Beliau menggunakan komputer untuk mencari maklumat-maklumat untuk mengulangkaji pelajaran tetapi tidak mahir mengaplikasi menggunakan Microsoft.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT dan pembelajaran Asas Microsoft Office yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat,menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan dengan lebih berkeyakinan menggunakan komputer.Setelah mengikuti kursus Intel serta latihan-latihan tertentu beliau kini mudah untuk mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan tugasan kursus.Banyak manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICT.
USAHAWAN : MAKANAN ONLINE
Nama : Nurul Izzatie Bt Mohammad Umur : 31 Tahun Ahli : 2010 |
Latar belakang
Nurul Izzatie Empire telah ditubuhkan pada tahun 2019 sebagai sebuah syarikat pengeluaran sumber makanan sahaja. Penubuhan ini diasakan oleh Nurul Izzatie Binti Mohammad iaitu pengurus syarikat merangkap pemilik syarikat ini sendiri. Oleh kerana bakat dan minat dalam bidang masakan, Nurul Izzatie telah memulakan langkah berniaga pelbagai jenis makanan secara kecil-kecilan pada awalnya. Perniagaan kecil Nurul Izzatie telah mendapat sambutan yang cukup baik oleh warga Chiku, Gua Musang. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan berimpian untuk memajukan dirinya melalui bidang masakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap minimum.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar makanan western dan sejuk beku buatan sendiri di laman sosial. Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai program-program yang di anjurkan oleh Pusat Internet seperti program Jom Sihat dengan menyertai pertandingan Menu Sihat Sarapan Pagi.
USAHAWAN : BAKERI & PASTRI
Nama : Rosilawati Bt Mat Lazim Umur : 39 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Syarikat Rosilawati Binti Mat Lazim ditubuhkan pada 24/11/2019 oleh Puan Rosilawati Binti Mat Lazim dengan bermotifkan perniagaan bakeri & pastri. Syarikat ini mengendalikan pembuatan kek, donut, roti , pizza dan lain lain.Oleh kerana bakat dan minat dalam bidang masakan, beliau telah memulakan langkah berniaga pelbagai jenis makanan secara kecil-kecilan pada awalnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Hanya mahir menggunakan Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap minimum.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia onlinel. Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya .Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik.
Nama : Muhammad Rabasha Bin Razali Umur : 18 Tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Muhammad Rabasha Bin Razali merupakan seorang pelajar Giat Mara Gua Musang yang mengambil Kursus dalam bidang teknologi Automotif. Setiap minggu beliau akan di ajar bermula dari Asas Perniagaan sehingga Asas Micorsoft Word. Walaupun kurang mahir pada mulanya untuk menggunakan peralatan komputer tetapi beliau sering bertanya sekiranya kurang faham dan cepat untuk belajar. Seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi.Jarak antara rumah dan PI mendorong Muhammad Rabasha Bin Razali untuk terus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum berkunjung ke Pi, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas. Beliau menggunakan komputer atau lebih menggunakan kemudahan telefon untuk melayari youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan Asas Keusahawanan dan pembelajaran Asas Microsoft Office yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat,menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan dengan lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Setelah mengikuti kursus latihan Asas eRezeki yang merangkumi pelbagai skop belaiu kini mudah untuk mencari pekerjaan sampingan yang bersesuaian untuk mendapat pendapatan. Manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICt.