USAHAWAN : MEMBUAT PUDING KEK
Nama : Rosaizan Bt Saad Umur : 44 Tahun Ahli : 2009 |
Latar belakang
Puan Rosaizan merupakan seorang kakitangan awam yang berkhidmatan dalam jabatan KEMAS. Beliau telah memasarkan produk puding kek yang menarik dan enak serta harga yang sangat berpatutan. Antara jenis puding kek yang disediakan seperti perasa manga selasih,cendol cincau,Pavlova,dan coklat biskut oreo
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap minimum sahaja. Pengenalan kepada dunia media sosial telah mendorong beliau untuk memasarkan lebih baik produk dan mendapat sambutan yang terbaik daripada seluruh komuniti.
Terkini beliau telah menghasilkan produk terbaru untuk muslimah dan telah memasarkan produk di dalam my shop sebagai inisiatif untuk hasil yang lebih baik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah berani untuk memasarkan produk beliau secara online. Setiap hari beliau akan memuat naik produk-produk untuk dipasarkan. Ini menyebabkan pelanggan lebih mudah untuk membeli.Beliau juga sentiasa membuat pembaharuan terhadap produk yang dikeluarkan supaya menepati selera komuniti terkini. Beliau juga sering datang ke PI untuk merujuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT.