Jajahan Gua Musang (Jawi: ݢوا موسڠ) terletak di selatan negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Gua Musang dikenali jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan. Gua Musang terletak di selatan kelantan, Malaysia.
Jajahan Gua Musang merangkumi 3 DUN iaitu Paloh, Nenggiri atau dulunya Bertam dan Galas (Bandar Gua Musang). Ahli Parlimennya kini ialah Yang Berhormat Mohd Azizi Abu Naim.
Jumlah penduduk di Jajahan Gua Musang ialah 90,057 orang (banci 2010). Peratusan penduduk Melayu ialah 76%, Cina 5%, India 1%,Orang Asli 13%, dan lain-lain (bukan warganegara) 5%.
Jajahan Gua Musang terdiri daripada beberapa mukim iaitu :
1- Mukim Batu Papan
2- Mukim Gua Musang
3- Mukim Ulu Nenggiri
4- Mukim Ketil
5- Mukim Kuala Sungai
6- Mukim Limau Kasturi
7- Mukim Pulai
8- Mukim Relai
9-Mukim Renok
10-Bandar Gua Musang
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Musang