CARTA ORGANISASI

 Bil   Nama   Jawatan
1.  En. Anuar Bin Ismail   Pengerusi JKKR
2.  Mohd Zulfli Bin Che Omar   Timb. Pengerusi 
3.  Abd Halim Bin Che Man  Setiausaha
4.  Mocktar Bin Ibrahim  Bendahari
5.  Mansor Bin Deraman  Biro Ladang
6.  Yunus Bin Ismail  Biro Pendidikan
7.  Hassan Bin Ab Rahim  Biro Sosial8.
8.  Rokiah Binti Ibrahim  Pengerusi GPW
9.  Nik Shamsul Hashim Bin Mat Jusoh   Penegrusi Belia
10.  Mat Deham Bin Che Soh  Biro Agama / Ekonomi 

2014

Majlis As-Syura Perdana Felda Peringkat Negeri Kelantan

 Tarikh  : 23November 2014

Tempat : Masjid Al-Ghufran Felda Chiku 05

Anjuran : Pejabat Felda Wilayah Kelantan kerjasama JKKR,GPW,Belia dan Badan NGO

 

 Program ini dianjurkan bersempena sambutan As-Syura peringkat Negeri Kelantan. Program ini melibatkan pelbagai badan di bawah seliaan Felda serta badan NGO yang berada di kawasan sekitar Gua Musang.Sebanyak 30 kawah bubur As-Syura di kacau secara bergotong-royong oleh komuniti serta badan-badan yang terlibat. Pengagihan bubur As-Syura turut dihulurkan kepada golongan kurang berkemampuan dan anak-anak yatim di sekitar Felda. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memeriahkan lagi program tersebut, antaranya Pertandingan Bubur As-Syura, Pemeriksaan Kesihatan daripada Klinik Kesihatan Felda Chiku 3, Pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Gua Musang,Promosi dari Telco Digi dan BSN. Pertandingan Bubur As-Syura dimenangi oleh Felda Chiku 02 dan tempat kedua Felda Chiku 06 serta tempat ketiga dimenangi oleh Pegawai Kanan Felda Wilayah Gua Musang.Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Felda Wilayah Gua Musang dan dimeriahkan oleh semua kakitangan Felda serta komuniti Felda. Melalui program ini secara automatik dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan pihak pengurusan Felda, peneroka, penerokawati serta badan-badan NGO sekitar.

 

Program Jamuan Hari Raya & Majlis Persaraan Pengurusan Felda Chiku 3

 Tarikh : 4 Ogos 2014

 Tempat : Balairaya Felda Chiku 3

Anjuran : JKKR, GPW dan Petugas Felda Chiku 3

 

Setiap tahun Majlis Jamuan Hari Raya akan diadakan di Felda Chiku 3 bagi meraikan Komuniti Felda Chiku 3 sekaligus merapatkan tali silaturrahim antara Peneroka, Penerokawati, anak-anak peneroka dan Kakitangan Felda Chiku 3. Apa yang istimewanya pada tahun ini, jamuan raya diadakan serentak dengan Majlis Persaraan Kakitangan Felda Chiku 3 iaitu Pengurus  Felda Chiku 3 Hj Rozlan Bin Mohamed Nor yang bakal bersara pada 8 Ogos 2014.

 Program ini mendapat sambutan yag menggalakkan daripada peneroka, penerokawati serta golongan generasi ke 2 Felda yang turut menjayakan majlis ini. Perlbagai juadah disediakan untuk meraikan majlis ini.

 

Majlis Berbuka Puasa

 Majlis Berbuka Puasa ini diadakan di Masjid Al Rahman Felda Chiku 3 pada 8 Julai 2014 (Selasa) merupakan program tahunan yang  bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara warga Felda dan pihak pengurusan Felda. Semua juadah berbuka di masak secara gotong royong dan ini secara automatik dapat memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.

CARTA ORGANISASI

 Bil

 Nama

Jawatan

 Blok

 1

 Hj Rozlan Bin Mohamed Noor

 Pengerusi

 Pegurus Felda Chiku 3

 2

 Mohd Zulfli Bin Che Omar

 Ketua Peneroka

 Blok 7 PKT 2

 3

 Abd Halim Che Man

 Setiausaha

 Blok 3 PKT 2

 4

 Nawi Bin Mamat

 Bendahari

 Blok 2 PKT 2

 5

 Abdullah Bin Ismail

 Biro Ladang

 Blok 2 PKT 1

 6

 Ariffin Bin Jenal

 Biro Komuniti

 Blok 6 PKT 2

 7

 Moctar Bin Ibrahim

 Biro Ekonomi

 Blok 5 PKT 2

 8

 Haron @ Mustafa Bin Deraman

 Biro Pendidikan

 Blok 4 PKT 1

 9

 Hassan BinAb Rahim

 BiroKeceriaan Kampung

 Blok 1 PKT 1

 10

 Abdul Ghani Bin Mohamed

 Ahli

 Blok 2 PKT 1

 11

 Aziz Bin Abdullah

 Ahli

 Blok 1 PKT 2

 12

 Awang Abu Bin Seman

 Ahli

 Blok 4 PKT 2

 13

 Aziz Bin AB Rahman

 Penyelaras

 Staff Felda Chiku 3

 

2013

Program : Kenduri Sekampung @ Felda Chiku 3
Anjuran  : JKKR Felda Chiku 3
Tarikh     : 24 April 2013 (Rabu)
Perasmian : YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Program Kenduri Sekampung ini telah diadakan di Balairaya Felda Chiku 3 ini adalah di bawah anjuran JKKR Felda Chiku 3 sempena meraikan penduduk Felda Chiku 3 yang mendapat durian runtuh untuk hasil daripada keuntungan jualan batang buruk kelapa sawit yang telah di tebang. Pihak JKKR telah menjemput YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk merasmikan program Kenduri Sekampung ini. Program ini mendapat sambutan serta sokongan yang menggalakkan daripada warga Felda dimana seekor lembu dikorbankan. Semua generasi warga Felda dijemput untuk menjayakan program ini. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara warga Felda.

 

2012

PROGRAM KOMUNITI & KOMPUTER

Program ini dilaksanakan pada 12 Julai 2012 yang disertai wakil JKKR Felda Chiku 3. Objektif program ini adalah bagi meningkatkan penguasaan ICT terutamanya golongan dewasa agar tidak ketinggalan jauh dalam arus teknologi. Antara modul yang dipelajari  adalah asas pengkomputeran, menaip, mencipta email serta blog. Program ini mendapat sambutan serta menarik minat peserta yang terlibat untuk terus mendalami ilmu berkaitan ICT.

 

2010

PAMERAN KEDAI BUKU BANGGOL

Pameran ini diadakan di Balairaya Felda Chiku 3 bermula 1 hingga 13 Januari 2010 yang dikendalikan oleh 3 orang staf KBB. Pameran ini bersempena musim persekolahan yang baru bermuala dan ini memudahkan orang ramai untuk membeli kelengkapan sekolah. Terdapat perbagai jenis kelengkapan sekolah serta buku untuk pelbagai jenis peringkat umur. Pameran ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Felda Chiku serta penduduk sekitar.

Sumber : Pi1M Felda Chiku 3

CARTA ORGANISASI 2010

 NAMA

JAWATAN

 Hj. Rozlan Mohamed Nor

 Pengerusi

 Hj. Aziz Bin Abdullah

 Timbalan Pengerusi

 En. Mat Yusof Bin Ibrahim

 Setiausaha

 En. Ismail Bin Mahmood

 Bendahari

 En. Mat Yusof Bin Ibrahim

 Biro Ladang

 En. Mohd Zulfi Bin Che Omar

 Biro Pendidikan

 Hj. Aziz Bin Abdullah

 Biro Ekonomi

 En. Hassan Bin Ab Rahim

 Biro Sosial

 En. Abd Halim Bin Che Man

 AJK

 En. Mat Jusoh Bin Ismail

 AJK

 En. Nawi Bin Mamat

 AJK

 En. Zulkifli Bin Ibrahim

 AJK

 En. Razali Bin Ismail

 AJK

 En. Md. Ramli Bin Daud

 AJK

Sumber : Pejabat Felda Chiku 3

 

Felda Chiku 03 merupakan salah sebuah kampung yang terdapat dalam Mukim Relai

 

Piagam Pelanggan JKKR

1. Masyarakat yang perihatin, muafakat, berketerampilan & bekerjasama.
2. Tumpuan kepada modal insan yang berilmu, berpendidikan & bertaqwa.
3. Pemimpin yang berwibawa serta berkualiti.
4. Melahirkan peneroka dan masyarakat glokal.
5. Mengangkasa masyarakat peneroka pada tahap yang lebih tinggi seiring harapan Felda.

sumber : Pejabat Felda Chiku 03