Berada di bawah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasioanal (Jabatan Perdana Menteri). Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Chiku telah di luluskan pada 19-04-2012, dimana kawasannya meliputi :-

   1- Lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang

   2- Jalan ke Chiku 3 - Chiku 3

   3- Jalan ke Klinik Chiku 3

   4- Jalan ke Chiku 5

   5- Jalan ke Chiku 6

 

Tujuan Penubuhan 

Merancang aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan. muhibah, keharmonian dan keselesaan.

Setiap aktiviti harus dirancang untuk jangka masa setahun, dimana bidang aktiviti meliputi seperti berikut :

   1- Sukan

   2- Pendidikan

   3- Sosial

   4- Kebajikan

   5- Kebudayaan

   6- Rekreasi

   7- Keselamatan

   8- Kesihatan

   9- Ekonomi

 10- Agama 

SKIM RONDAAN SUKARELAWAN (SRS)

Merupakan agensi dibawah KRT, sukarelawan yang membuat rondaan akan dibekalkan radio amatur bagi memudahkan untuk membuat laporan. Rondaan dilakukan 2 kali seminggu mengikut jadual yang ditetapkan.

Tujuan penubuhannya adalah :

   1- Membuat Rondaan malam di kawasan Rukun Tetangga

   2- Melaporkan sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan

   3- Membanteras gejala-gejala yang tidak sihat

Ketua SRS : En. Muhammad Fadzi b. Hassan

Setiausaha : Pn. Kamariah Binti Said ( 017-8819200)

Sumber : Pn.Kamariah Bin Said

 

 

Pasukan RELA Felda Chiku 03 telah sekian lama ditubuhkan, tetapi mula bergiat aktif pada tahun 1994. Setakat ini, pasukan ini dianggotai lebih kurang 100 orang ahli. Antara tugas-tugas pasukan ini ialah membantu pihak polis dalam membanteras jenyah dan juga melancarkan operasi sebanyak 2 kali sebulan. Antara tugas-tugas lain pasukan ini ialah membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan bagi melancarkan sesuatu majlis seperti kenduri, festival sukan dan juga menyertai program-program keceriaan kampung. Anggota RELA juga turut menyertai latihan yang berpusat di Pejabat RELA Gua Musang.