Berikut merupakan maklumat populasi terkini mengikut kategori umur komuniti Felda Chiku 3

 

Sumber : Pejabat Felda Chiku 3

Ahli Parlimen Gua Musang

P032

Gambar 1 : Ahli Parlimen Gua Musang

Sumber : Google Image

 Nama  Yang Berhormat Mohd Azizi Abu Naim 
Sejarah Ringkas  merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Nenggiri yang menang kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN atas tiket PN-PAS pada Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan Pilihan raya negeri Kelantan 2023.
 Negeri   Kelantan
 Parlimen   Gua Musang (P032)
 Parti  PN-BERSATU

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Azizi_Abu_Naim

 

 

 


Jajahan Gua Musang (Jawi: ݢوا موسڠ) terletak di selatan negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Gua Musang dikenali jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan. Gua Musang terletak di selatan kelantan, Malaysia.

Jajahan Gua Musang merangkumi 3 DUN iaitu Paloh, Nenggiri atau dulunya Bertam dan Galas (Bandar Gua Musang). Ahli Parlimennya kini ialah Yang Berhormat Mohd Azizi Abu Naim.

 

Jumlah penduduk di Jajahan Gua Musang ialah 90,057 orang (banci 2010). Peratusan penduduk Melayu ialah 76%, Cina 5%, India 1%,Orang Asli 13%, dan lain-lain (bukan warganegara) 5%.

Jajahan Gua Musang terdiri daripada beberapa mukim iaitu :

1- Mukim Batu Papan
2- Mukim Gua Musang
3- Mukim Ulu Nenggiri
4- Mukim Ketil
5- Mukim Kuala Sungai
6- Mukim Limau Kasturi
7- Mukim Pulai
8- Mukim Relai
9-Mukim Renok
10-Bandar Gua Musang

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Musang

 

 

 

 

Felda Chiku 03 berada di dalam mukim Relai dimana ianya terletak di tengah-tengah laluan utama Gua Musang ke Kuala Krai iaitu 48 km dari Gua Musang dan 70 km dari Kuala Krai.

Felda Chiku 3 juga merupakan pintu masuk untuk ke penempatan sekitar iaitu  :-

* Felda Chiku 5 

* Felda Chiku 6 

* Felda Chiku 7