Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperoleh dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti. Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi dan membentuk masyarakat sejahtera. Melalui pendidikan, individu berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunia yang makin mencabar.

Seiring dengan keperluan pendidikan dalam kehidupan generasi akan datang, beberapa kemudahan pendidikan disediakan di Felda Chiku 3 serta kawasan sekitar. Antaranya adalah :

1- SMK Bandar Chiku

2- SK Chiku 3

3- Pusat Giat MARA Felda Chiku 5

4- PDK Tunas Wawasan Felda Chiku 3

5- Tabika Al-Islah

 KLIK SETERUSNYA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT