Kasya Nabila Corner terletak berhampiran Jalan Utama Lebuhraya Pantai Timur iaitu di belakang Petron Chiku 03. Menyediakan masakan panas dan pelbagai jenis makanan yang menepati citarasa pelanggan. Antara hidangan yang popular disini adalah Miang Pla Thot dan Mee Udang Galah. Restoren ini juga menyediakan kemudahan tempat makan yang selesa untuk ibu bapa yang membawa anak-anak kecil menepati dengan temanya Restoren ala keluarga. Bagi mereka yang dalam perjalanan boleh singgah ke Kasya Nabila Corner kerana ia berhampiran dengan Jalan Utama Lebuhraya Pantai Timur.
Masakan Tradisional Kelantan
Nasi Berlauk Emma
Kedai makan ini terletak di Felda Chiku 03, berhampiran stesen minyak Shell Koperasi Felda Chiku 3. Kedai ini menjadi tumpuan penduduk sekitar dan juga orang yang melalui jalan tersebut kerana menyediakan pelbagai jenis makanan serta kuih muih yang menjadi kegemaran penduduk Kelantan. Antara menu yang mendapat sambutan adalah Nasi Kerabu dan ayam masak pedas. Kedai ini dibuka pada waktu pagi sahaja, bermula jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi.