Kesihatan merupakan salah satu perkara penting untuk kita terus menjalani kehidupan yang bermakna. Disebabkan oleh kesedaran itulah, pihak kerajaan telah menubuhkan satu klinik kesihatan di kawasan Felda Chiku 03 pada 6hb November 1989 yang telah dirasmikan oleh Sultan Kelantan.

Klinik kesihatan Felda Chiku 03 menjadi tumpuan orang ramai terutamanya bagi penduduk Felda Chiku 03, 05, 06 dan juga kawasan berdekatan.

Klinik ini mempunyai kemudahan seperti :

  1. Makmal
  2. Farmasi
  3. Ruang Kecemasan
  4. Scan
  5. Rawatan pesakit luar
  6. Rawatan ibu mengandung

Bersebelahan dengan pusat kesihatan ini, terdapat juga klinik pergigian.

Sumber : Jururawat Klinik Felda Chiku 03