Nama     :  Mohammad Ariff Bin Awang

Umur      :  23 Tahun

Ahli         :  2020

 

Latar belakang

Mohammad Ariff Bin Awang merupakan seorang pemuda yang terjejas pekerjaan ekoran pandemik Covid19. Beliau ingin mempelajari asas komputer untuk memohon pekerjaan lain setelah di berhentikan kerja. Dengan usaha yang ditunjukkan beliau seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas. Beliau menggunakan komputer hanya untuk mencari maklumat-maklumat untuk kerja yang dilakukan sebelum ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT dan pembelajaran Asas Microsoft Office serta Aplikasi seperti Canva yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat,menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan  dengan  lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Beliau juga kini boleh membuat resume yang lebih baik daripada sebelum ini  setelah mengikuti kelas Aplikasi Canva.Banyak manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICT.

ARIF

USAHAWAN    :   PERKHIDMATAN PHOTOBOOK

Nama       :  Nur Zarif Suhaili Bt Jamil

Umur        : 34 Tahun

Ahli           : 2018

 

 

Latar belakang

Pn Suhaili merupakan seorang surirumah yang berjaya dalam perniagaan. Kegigihan beliau dalam bidang  perkhidmatan photobook mampu memberi hasil yang lumayan setiap bulan. Perkhidmatan Pn Suhaili telah mendapat sambutan yang cukup baik oleh warga Chiku serta sekitar Gua Musang untuk penghantaran secara COD.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap  minimum.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook dan shopee beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar  serta komen-komen daripada pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan beliau. Disamping fb, beliau juga mempelajari perniagaan Online Shopee, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering menyertai program-program yang di anjurkan oleh Pusat Internet seperti FB Ads,Program Usahawan Baru Online dengan menyertai pertandingan Usahawan Baru Online.

ELLY

 

Nama    : Muhammad Nur Aliff Imran Bin Mohd Fahmi

Umur    :  19 Tahun

Ahli       :  2019

 

Latar belakang

Muhammad Nur Aliff Imran Bin Mohd Fahmi merupakan pelatih GiatMara Gua Musang yang telah mempelajari asas komputer bermula daripada menjadi ahli di pusat internet. Seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi. Jarak antara rumah dan PI mendorong adik Zulaikha untuk terus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas.Beliau menggunakan komputer untuk mencari maklumat-maklumat untuk mengulangkaji pelajaran tetapi tidak mahir mengaplikasi menggunakan Microsoft.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT dan pembelajaran Asas Microsoft Office yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat,menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan  dengan  lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Setelah mengikuti kursus Intel serta latihan-latihan tertentu beliau kini mudah untuk mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan tugasan kursus.Banyak manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICT.

69417573 2225767014199252 1153190558538137600 o

USAHAWAN  : KOSMETIK

Nama     :  Norashikin Binti Mansor

Umur     : 31 Tahun

Ahli        : 2010

Latar belakang

Pn Norashikin merupakan seorang surirumah yang berjaya dalam perniagaan. Kegigihan beliau dalam bidang perniagaan kosmetik mampu memberi hasil yang lumayan setiap bulan. Perniagaan kecil Pn Norashikin telah mendapat sambutan yang cukup baik oleh warga Chiku serta Perasu dan sekitar  Gua Musang untuk penghantaran secara COD.Beliau juga memasarkan produk kepada komuniti yang berminat di luar negeri-negeri. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap  minimum.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook, Shopee beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar produk kosmetik di laman sosial. Disamping fb, beliau juga mempelajari perniagaan Online Shopee, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai program-program yang di anjurkan oleh Pusat Internet seperti Program Usahawan Baru Online dengan menyertai pertandingan Usahawan Baru Online.

ASHIKIN

USAHAWAN  :  PERNIAGAAN MAKANAN

Nama    : Norazlina Binti Yusoff

Umur    :  32 Tahun

Ahli       :  2018

 

Latar belakang

Seorang surirumah yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Sebelum ini saya menyediakan produk jualan dari rumah dan menghantar produk jualan ke gerai-gerai yang berdekatan dengan rumah dan juga secara tempahan langsung dari pelanggan serta pasaran produk adalah disekitar Felda Chiku 03.

Jenis Makanan Yang Dijual:

- Laksa Utara

- Bubur Ayam / Chicken Porridge

-Sandwich & Roti Sosej

- Makanan Bergoreng ( Nugget, Sosej)

-Air Cendol & Ais Kacang (Abc)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap  minimum.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online.Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar makanan buatan sendiri di laman sosial.Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya.Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar kelas-kelas Online seperti kelas PicArt, pengeditan  dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai program-program yang di anjurkan oleh Pusat Internet seperti program Jom Sihat dengan menyertai pertandingan Menu Sihat Sarapan Pagi.

lina