Nama : Mohammad Ariff Bin Awang Umur : 23 Tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Mohammad Ariff Bin Awang merupakan seorang pemuda yang terjejas pekerjaan ekoran pandemik Covid19. Beliau ingin mempelajari asas komputer untuk memohon pekerjaan lain setelah di berhentikan kerja. Dengan usaha yang ditunjukkan beliau seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum berkunjung ke Pusat Internet, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas. Beliau menggunakan komputer hanya untuk mencari maklumat-maklumat untuk kerja yang dilakukan sebelum ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT dan pembelajaran Asas Microsoft Office serta Aplikasi seperti Canva yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat,menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan dengan lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Beliau juga kini boleh membuat resume yang lebih baik daripada sebelum ini setelah mengikuti kelas Aplikasi Canva.Banyak manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICT.