USAHAWAN : PERNIAGAAN MAKANAN
Nama : Norazlina Binti Yusoff Umur : 32 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Seorang surirumah yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Sebelum ini saya menyediakan produk jualan dari rumah dan menghantar produk jualan ke gerai-gerai yang berdekatan dengan rumah dan juga secara tempahan langsung dari pelanggan serta pasaran produk adalah disekitar Felda Chiku 03.
Jenis Makanan Yang Dijual:
- Laksa Utara
- Bubur Ayam / Chicken Porridge
-Sandwich & Roti Sosej
- Makanan Bergoreng ( Nugget, Sosej)
-Air Cendol & Ais Kacang (Abc)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap minimum.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online.Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar makanan buatan sendiri di laman sosial.Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya.Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar kelas-kelas Online seperti kelas PicArt, pengeditan dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai program-program yang di anjurkan oleh Pusat Internet seperti program Jom Sihat dengan menyertai pertandingan Menu Sihat Sarapan Pagi.