Nama : Wan Nur Adhlina Binti Wan Asmadi Umur : 18 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Merupakan pelajar lepasan SPM Sekolan Menengah Bandar Chiku. Merupakan pengguna Pusat Internet Felda Chiku 3. Beliau sangat berminat dengan kemahiran komputer.
Sebelum penggunaan ICT / pengllibatan PI
Sebelum perkunjung ke Pusat Internet, tahap penggunaan komputer adalah asas dimana penggunaan komputer adalah terhad dan hanya menggunakan komputer di makmal sekolah.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Chiku 3,, beliau telah mengikuti pelbagai kelas serta program yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet. Kini, beliau sudah mahir menggunakan komputer untuk penggunaan internet serta microsft office. Beliau juga sering menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet serta mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran secara atas talian.
USAHAWAN : MENJUAL TUDUNG
Nama : Siti Suhailah Binti Hamzah Umur : 29 Tahun Ahli : 2011 |
Latar belakang
Siti Suhailah seorang belia yang berasal daripada Chiku 3 yang berusaha untuk memajukan diri dalam dunia perniagaan. Berumur dalam lingkungan 29 tahun, masih mencari pekerjaan tetap dan sentiasa mengikuti program serta aktiviti kebajikan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau masih menganggur dan sedang mencari pekerjaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan untuk mengisi masa lapang.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengenali dunia ICT, Suhailah lebih yakin dalam bidang perniagaan online serta menyertai kelas-kelas komputer. walaupun masih baru dalam dunia perniagaan tetapi beliau terus berusaha ke arah mengukuhkan lagi perniagaan tudung yang diceburi dengan mempromosikan di media sosial.
Nama : Nor Mardhiyah Binti Awang Umur : 18 Tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Merupakan pelajar lepasan SMK Bandar Chiku. Merupakan pengguna Pusat Internet Felda Chiku 3. Beliau sangat berminat dengan kemahiran komputer dan teknologi.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum berkunjung ke Pi1M, tahap penggunaan komputer adalah asas dimana beliau hanya menggunakan komputer di makmal sekolah.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mendaftar manjadi ahli Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau telah mengikuti pelbagai kelas serta program yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet. Kini, beliau sudah mahir menggunakan komputer untuk penggunaan internet serta Microsoft Office. Kini beliau menjadi rujukan rakan-rakan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian seperti kemasukan ke IPTA, mengisi jawatan kerja dalam SPA dan lain-lain.
USAHAWAN : MENJUAL ROTI CANAI
Nama : Abdul Shukor Bin Che Daud Umur : 50 tahun Ahli : 2010 |
Latar belakang
Abdul Shukor Che Daud merupakan seorang usahawan yang sangat bersemangat dalam perniagaan dan sentiasa menginginkan kelainan dalam setiap hidangan yang disediakan. Bertapak di Pasar Bandar Chiku memajukan perniagaan roti canai sejak 3 tahun lepas. Banyak cabaran dalam perniagaan roti canai, namun dengan usaha yang berterusan dengan memasarkan perniagaan di media sosial melonjakkan lagi hasil jualan beliau.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Dikenali dalam komuniti terdekat sahaja. Namun, usaha beliau mempelajari ICT memberi peluang yang lebih kepada beliau dalam memajukan perniagaan roti canai sekali gus menaikkan nama Kedai Roti Canai d'Shukor.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Mula aktif mempromosikan produk-produk beliau di dalam media sosial dan sentiasa mengemaskini status mengenai operasi kedai. Ini memberikan kemudahan kepada komuniti yang berhajat untuk merasa keenakan roti canai beliau. Setelah mengenali dunia ICT beliau telah bekerjasama dengan petugas di Pusat Internet untuk menghasilkan video bagi memasarkan roti canai beliau. Ianya telah mendapat sambutan yang hangat setelah menjadi tular di media sosial dan mencatatkan view sebanyak 10,000 tontonan.
Nama : Shakila Nurul Aisyah Binti Mohamad Abu Zaman Umur : 27 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Bentuk perniagaan yang dijalankan adalah kelegkapan untuk majlis perkahwinan, pakaian pengantin, solekan pengantin serta fotografi. Shakila Nurul Aisyah merupakan graduan dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM). Berbekalkan ilmu semasa di Universiti beliau mula menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Beliau banyak mempelajari ilmu perniagaan serta rajin menuntut ilmu.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau seorang yang rajin mencari ruang dan peluang tidak kira dimana beliau berada. Minat yang mendalam dalam dunia solekan serta fesyen menjadikan syakila lebih berusaha untuk melebarkan sayap perniagaan disamping menceburi bidang ICT sebagai platform untu beliau lebih kukuh dalam bidang yang diceburi. Sebelum ini perniagaan beliau hanya diperkenalkan kepada rakan-rakan sekerja sahaja. Namun setelah mengetahui selok belok tentang perniagaan atas talian, perniagaan beliau semakin berkembang maju. Beliau juga menjadikan Facebook sebagai medium utama dalam dunia perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau sering menggunakan Pusat Internet sebagai rujukan serta tempat untuk beliau menyiapkan tugasan beliau. Beliau banyak belajar ilmu baru terutama dari segi bidang ICT hasil daripada kursus-kursus ynag dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet dan juga ilmu hasil perkongsian rakan-rakan yang mengikuti kursus komputer ynag sama. Kemahiran dalam penggunaan internet semakin maju menyebabkan beliau begitu selesa menjalankan perniagaan atas talian. Tempahan produk yang dijual juga semakin meningkat hasil daripada jualan atas talian.