Nama : Nik Azira Binti Nik Ahmad

Umur : 39 Tahun

Ahli   : 2017

 

Latar Belakang

NIk Azira biasa dipanggil sebagai Kak Nik merupakan seorang wanita yang bersemangat dalam dunia perniagaan. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan walaupun mempunyai pekerjaan yang stabil iaitu bekerja sebagai pembantu di Taska Permata. Menjual Popia Ikan pada mulanya merupakan sebagai hobi tetapi telah dijadikan sebagai pendapatan sampingan setelah mempelajari serta mengenali dunia ICT.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Mengambil tempahan dari rakan sekerja, jiran serta teman rapat serta memasarkan produk didalam laman sosial secara tidak rasmi.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Mula aktif memasarkan produk Popia Ikan setelah dikenali lebih daripada jangkaan yang biasa setelah mula memasarkan produk melalui pelbagai medium seperti Facebook, Whatsapp serta Dashboard Komuniti.

kaknik

 

 Nama : Muhammad Fairuz Ikmal Bin Mahadi

 Umur  : 11 Tahun

 Ahli     : 2016

 

Latar Belakang 

Merupakan pelajar darjah 5 Sekolah Kebanggsaan Chiku 3, anak sulung dari 3 orang adik beradik dan merupakan pengguna setia Pi1M Felda Chiku 3. Sangat berminat dengan kemahiran komputer dan teknologi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pi1M

Sebelum berkunjung ke Pi1M, tahap penggunaan komputer adalah asas dimana penggunaan komputer adalah terhad dan hanya menggunakan komputer di makmal sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pi1M

Selepas mendaftar menjadi ahli Pi1M Felda Chiku 3, beliau telah mengikuti pelbagai kelas serta program yang dijalankan oleh pihak Pi1M. Kini, beliau sudah mahir menggunakan komputer untuk penggunaan internet serta asas Microsoft Office. Beliau menjadi rujukan rakan-rakan sekiranya perlu menyiapkan kerja kursus.

IMG20180524154043

USAHAWAN : USAHAWAN ONLINE

Nama : Norlaili Ashaida Binti Hj Ismail

 Umur : 32 Tahun

 Ahli   : 2012

 

Latar belakang

Cik Norlaili Ashaida merupakan graduan dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UITM) .Berbekalkan ilmu semasa di Universiti beliau mula menceburi dalam bidang perniagaan.Beliau banyak mempelajari ilmu pernigaan serta rajin menuntut ilmu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang yang bekerjaya oleh itu masa merupakan halangan bagi beliau untuk mengikuti kursus-kursus ICT serta pernigaan yang lain.Sebelum ini perniagaan beliau hanya diperkenalkan kepada rakan-rakan sekerja sahaja.Namun setelah mengetahui selok belok tentang perniagaan atas talian pernigaan beliau semakin berkembang maju.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau banyak belajar ilmu baru terutama dari segi bidang ICT hasil daripada kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan pi1m  dan juga ilmu hasil perkongsian rakan-rakan yang mengikuti kursus komputer yang sama.Kemahiran dalam penggunaan internet semakin maju menyebabkan beliau begitu selesa menjalankan perniagaan atas talian. Tempahan produk yang dijual juga semakin meninggkat hasil daripada jualan di atas talian.Beliau juga mengikuti kursus MDEC sebagai ilmu baru dalam pernigaan.

laili

USAHAWAN : BISKUT DAN KEK

 Nama : Suria Binti Mat Ariffin

 Umur  : 37 Tahun

 Ahli     : 2017

 

Latar Belakang

Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan walaupun mempunyai pekerjaan yang stabil. Menjual pelbagai jenis makanan seperti makanan katering untuk majlis pejabat, pelbagai jenis biskut ketika sambutan hari raya, kek serta pelbagai jenis kerepek dan maruku.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi1M

Mengambil tempahan dari rakan sekerja serta teman rapat serta memasarkan produk di dalam Facebook

Selepas penggunaan ICT/penglibatan

Mula aktif memasarkan produk menggunakan jenama SMA Matahari diatas talian melalui pelbagai medium seperti Facebook, Whatsapp, Dashboard Komuniti serta mewujudkan Group Whatsapp yang mengumpulkan usahawan setempat.

sma

 Nama : Muhammad Khairul Ikhwan Bin Nordin

 Umur  : 18 Tahun

 Ahli     : 2017

 

Latar belakang

Muhammad Khairul Ikhwan telah menamatkan pelajaran di institusi Giat Mara dalam jurusan kulinari.Jarak rumah beliau dari Pusat Internet 1Malaysia Felda Chiku 3 lebih kurang  6km. Sebelum ini beliau belum berkesempatan untuk mempelajari komputer disebabkan faktor masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum berkunjung ke Pi1M, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas kerana kekangan masa untuk mempelajari komputer dengan lebih mahir.Walaubagaimanapun beliau pernah menggunakan komputer walaupun benda-benda yang asas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan ICT dan program persijilan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat,menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan  dengan  lebih berkeyakinan menggunakan komputer.Setelah mengikuti kursus persijilan Intel kini Khairul lebih berkeyakinan menggunakan komputer disamping dapat mengaplikasikan teknologi komputer dalam bidang seni penyediaan makanan yang telah dipelajari.

CelikIT Ikhwan