USAHAWAN - PERKHIDMATAN

 Nama : Nik Shamsul Hasyim Bin Mat Jusoh

 Umur : 23 Tahun

 Ahli   : 2009

 

Latar belakang

En Nik Shamsul Hasyim Bin Mat Jusoh  merupakan pengerusi belia MBFM felda chiku 3 dan pemilik kepada kulat sisir enterprise.Beliau telah berjaya dalam bidang perniagaan dan telah menjadi ahli di pi1m dari tahun 2009 lagi. Penglibatan beliau dalam bidang teknologi maklumat telah meluas setelah mengikuti pelbagai kursus dan program yang dijalankan oleh pi1m dan yang terkini beliau telah mengikuti kursus erezeki anjuran MDEC.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kemahiran komputer adalah sederhana mahir dan boleh menggunakan kemahiran internet secara sederhana

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT di PI1M, beliau banyak menyokong program-program yang dilaksanakan di  pi1m antara yang terkini ialah  kursus erezeki anjuran MDEC. Ianya amat bermanfaat untuk memperluaskan ilmu dalam bidang ICT.Di samping beliau telah menceburi dalam perkhidmatan baik pulih computer dan sebagainya.

USAHAWAN JAHITAN - BEG JEANS

 Nama  : Siti Norizana Binti Md Ghani

 Umur  : 30 Tahun

 Ahli     : 2017

 

Latar Belakang

Puan siti norizana merupakan petugas daripada pusat dalam komuniti (PDK) felda chiku 3,beliau mula terlibat dalam bidang jahitan beg adalah sekadar minat dalam bidang jahitan sambil mengisi masa lapang.Namun kini aktiviti yang dijalankan telah membantu beliau mendapat pendapatan sampingan yang lumayan,Keunikan beg yang dijahit telah menarik minat terutamanya golongan remaja

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT di PI1M, beliau lebih selesa menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan pekerjaan beliau. Kemahiran internet makin bagus dan menjalankan perniagaan atas talian.Tempahan beg telah mendapat permintaan tinggi dan mengubah persepsi beliau terhadap perniagaan atas talian. Kini beliau mempelbagaikan corak dan rekabentuk beg yang selari dengan dunia fesyen terkini

UsahawanRoziana