USAHAWAN : MENJAHIT PAKAIAN LELAKI DAN WANITA
Nama : Rosaizan Bt Saad Umur : 44 Tahun Ahli : 2009 |
Latar belakang
Puan Rosaizan merupakan seorang kakitangan awam yang berkhidmatan dalam jabatan KEMAS. Beliau telah mereka pelbagai pakaian dari kanak-kanak sehingga dewasa. Pelbagai fesyen terkini telah dihasilkan. Beliau juga banyak menggunakan teknologi terkini seperti youtube sebagai rujukan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap minimum sahaja. Pengenalan kepada dunia media sosial telah mendorong beliau untuk memasarkan lebih baik produk dan mendapat sambutan yang terbaik daripada seluruh komuniti. Terkini beliau telah menghasilkan produk terbaru untuk muslimah dan telah memasarkan produk di dalam my shop sebagai inisiatif untuk hasil yang lebih baik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah berani untuk memasarkan produk beliau secara online. Setiap hari beliau akan memuat naik produk-produk untuk dipasarkan. Ini menyebabkan pelanggan lebih mudah untuk membeli. Beliau juga sentiasa membuat pembaharuan terhadap produk yang dikeluarkan supaya menepati trend fesyen terkini. Beliau juga sering datang ke PI untuk merujuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT.
USAHAWAN : KEDAI PAKAIAN
Nama : Razuwati Bt Muhamad Umur : 34 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Puan Razuwati merupakan seorang usahawan yang menyediakan barang keperluan pakaian untuk kanak-kanak sehingga dewasa dalam pelbagai fesyen terkini. Mewarisi perniagaan keluarga beliau perlu mengikut trend terkini selari dengan citarasa pelanggan. Oleh itu beliau perlu mempelajari dan mendalami dunia ICT untuk lebih maju dalam dunia perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar pakaian terkini untuk tatapan pelanggan di laman sosial .Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai latihan Asas eRezeki. Beliau juga sentiasa bertanya tentang cara pemasaran produk untuk meluaskan lagi perniagaan beliau seperti fb adds.
USAHAWAN : MEMBUAT KEK DAN ROTI
Nama : Salmee Suhana Binti Mat Jusoff Umur : 32 Tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Puan Emi merupakan seorang surirumah yang mempunyai 3 orang anak. Beliau bergiat dalam dunia pastry dan bakery kerana minat dan untuk menjana pendapatan sampingan. Beliau merupakan anak jati Felda. Pernah mendapat anugerah usahawan Felda di atas kejayaan dalam bidang perusahaan makanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet sahaja. Pengenalan kepada dunia media sosial telah mendorong beliau untuk memasarkan lebih produk dengan lebih baik dan mendapat sambutan yang terbaik daripada seluruh komuniti.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah berani untuk memasarkan produk beliau secara online .Setiap hari beliau akan mengupload produk-produk untuk dipasarkan. Ini menyebabkan pelanggan lebih mudah untuk membeli. Beliau juga sentiasa membuat pembaharuan terhadap roti dan kek yang dikeluarkan supaya menepati citarasa pelanggan yang datang.
Nama : Nurul Aisyah Bt Mat Nasir Umur : 15 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Nurul Aishah merupakan pelajar tingkatan 3 yang telah mempelajari asas komputer bermula daripada menjadi ahli di pusat internet. Setiap hari menggunakan kemudahan internet di PI untuk mengulangkaji serta meluangkan masa sebagai hobi. Jarak antara rumah dan PI mendorong Siti Aisyah untuk terus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum berkunjung ke Pi1M, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas kerana menggunakan kemudahan sebagai hobi dengan melayari youtube dan sebagainya. Namun setelah menyertai kelas-kelas komputer seperti asas Microsoft, pembelajaran secara online dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan ICT dan pembelajaran atas talian yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat, menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan dengan lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Setelah mengikuti pembelajaran secara online seperti tutor.com kini beliau mudah untuk mengulangkaji pelajaran serta telah menunjukkan peningakatan di dalam pembelajaran.
USAHAWAN : BUNDLE
Nama : Mazianiy Bt Mat Ripin Umur : 27 Tahun Ahli : 2010 |
Latar belakang
Puan Mazianiy merupakan seorang surirumah yang bergiat dalam dunia perniagaan bundle. Kesempitan hidup menyebabkan beliau berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Bermula dengan pengenalan kepada facebook, beliau berniaga secara online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah berani untuk berniaga secara online setelah mencuba pernigaan bundle dalam media sosial. Beliau sentiasa memuat naik produk-produk seperti pakaian dewasa, kanak-kanak, permainan kanak-kanak, permaidani, cadar, sarung bantal dan sebagainya. Setelah mendapat sambutan beliau telah meluaskan perniagaan kepada yang lebih maju. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar online banking untuk pasaran yang lebih baik. Beliau juga sentiasa bertanya tentang cara pemasaran produk untuk meluaskan lagi perniagaan beliau.