USAHAWAN : MENJAHIT PAKAIAN LELAKI DAN WANITA

Nama  : Rosaizan Bt Saad

Umur   : 44 Tahun

Ahli     : 2009

 

Latar belakang

Puan Rosaizan merupakan seorang kakitangan awam yang berkhidmatan dalam jabatan KEMAS. Beliau telah mereka pelbagai pakaian dari kanak-kanak sehingga dewasa. Pelbagai fesyen terkini telah dihasilkan. Beliau juga banyak menggunakan teknologi terkini seperti youtube sebagai rujukan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap minimum sahaja. Pengenalan kepada dunia media sosial telah mendorong beliau untuk memasarkan lebih baik produk dan mendapat sambutan yang terbaik daripada seluruh komuniti. Terkini beliau telah menghasilkan produk terbaru untuk muslimah dan telah memasarkan produk di dalam my shop sebagai inisiatif untuk hasil yang lebih baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah berani untuk memasarkan produk beliau secara online. Setiap hari beliau akan memuat naik produk-produk untuk dipasarkan. Ini menyebabkan pelanggan lebih mudah untuk membeli. Beliau juga sentiasa membuat pembaharuan terhadap produk yang dikeluarkan supaya menepati trend fesyen terkini. Beliau juga sering datang ke PI untuk merujuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT.

Rohaizan