USAHAWAN : MEMBUAT KEK DAN ROTI

Nama   :  Salmee Suhana Binti Mat Jusoff

Umur   :  32 Tahun

Ahli      :  2017

 

 

Latar Belakang

Puan Emi merupakan seorang surirumah yang mempunyai 3 orang anak. Beliau bergiat dalam dunia pastry dan bakery kerana minat dan untuk menjana pendapatan sampingan. Beliau merupakan anak jati Felda. Pernah mendapat anugerah usahawan Felda di atas kejayaan dalam bidang perusahaan makanan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet sahaja. Pengenalan kepada dunia media sosial telah mendorong beliau untuk memasarkan lebih produk dengan lebih baik dan mendapat sambutan yang terbaik daripada seluruh komuniti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah berani untuk memasarkan produk beliau secara online .Setiap hari beliau akan mengupload produk-produk untuk dipasarkan. Ini menyebabkan pelanggan lebih mudah untuk membeli. Beliau juga sentiasa membuat pembaharuan terhadap roti dan kek yang dikeluarkan supaya menepati citarasa pelanggan yang datang.

  
kisah kejayan emi q3