USAHAWAN : KEDAI PAKAIAN
Nama : Razuwati Bt Muhamad Umur : 34 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Puan Razuwati merupakan seorang usahawan yang menyediakan barang keperluan pakaian untuk kanak-kanak sehingga dewasa dalam pelbagai fesyen terkini. Mewarisi perniagaan keluarga beliau perlu mengikut trend terkini selari dengan citarasa pelanggan. Oleh itu beliau perlu mempelajari dan mendalami dunia ICT untuk lebih maju dalam dunia perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar pakaian terkini untuk tatapan pelanggan di laman sosial .Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai latihan Asas eRezeki. Beliau juga sentiasa bertanya tentang cara pemasaran produk untuk meluaskan lagi perniagaan beliau seperti fb adds.