USAHAWAN : PELAMIN DAN ANDAMAN

Nama  : Siti Zainab Binti Mustapha

Umur   : 23 Tahun

Ahli      : 2017

 

 

Latar belakang

Siti Zainab merupakan seorang guru agama di sebuah sekolah swasta. Beliau mengusahakan Butik pengantin sebagai pekerjaan sampingan di sebabkan minat di dalam bidang andaman.Walaupun sudah ada pekerjaan tetap dan butik sebagai sampingan, beliau merancang menceburi dan mengembangkan lagi perniagaan dengan produk atau perkhidmatan yang lain. Perniagaan itu sendiri sangat luas dan beiau berasa seronok apabila dapat memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu beliau perlu mempelajari dan mendalami dunia ICT untuk lebih maju dalam dunia pernigaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah menggunakan medium laman sosial Facebook, WeChat dan Instagram untuk menarik perhatian orang ramai dengan memuat naik gambar berkenaan butik dan perkhidmatan yang ditawarkan. Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar tentang pemasaran serta kaedah terbaik untuk meningkatkan jualan melalui online dan menyertai latihan dan program ICT seperti e-usahawan dan eRezeki.

 53289720 2063456997022672 6039291507909853184 n

 

Nama  : Rosmawati Binti Lah

Umur  :43 Tahun

Ahli     : 2018

 

Latar belakang

Pn Rosmawati Lah merupakan seorang tukang jahit yang telah mempelajari asas komputer bermula daripada menjadi ahli di Pusat Internet. Seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi. Jarak antara rumah dan PI mendorong Pn Rosilawati untuk terus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum berkunjung ke Pi1M, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas. Beliau menggunakan komputer untuk melayari youtube kerana beliau juga pernah mengkuti kursus jahitan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui kelas latihan ICT dan pembelajaran Asas Microsoft Office yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat, menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan  dengan  lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Setelah mengikuti kursus latihan Asas eRezeki belaiu kini mudah untuk mencari pekerjaan sampingan yang bersesuaian untuk mendapat pendapatan di samping kerjaya beliau sebagai tukang jahit. Banyak manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICT. 

Q1 3

USAHAWAN : BARANGAN RUNCIT

Nama : Siti Norhidayah Binti Muhamad

Umur  : 32 Tahun

Ahli    : 2017

  

Latar Belakang

Puan Siti Norhidayah merupakan seorang usahawan kepada Orked Jaya trading yang menyediakan barang keperluan makanan secara runcitan .Beliau juga menjalankan  operasi perniagaan secara perkhidmatan dengan menawarkan urus niaga pemindahan wang secara online, pembayaran bil dan sebagainya. Mewarisi perniagaan keluarga beliau perlu mengikut trend terkini selari dengan citarasa pelanggan .Oleh itu beliau perlu mempelajari dan mendalami dunia ICT untuk lebih maju dalam dunia perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar barangan keperluan kek, bekas Tupperware dan produk-produk terkini untuk tatapan pelanggan di laman sosial. Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai latihan Asas eRezeki. Beliau juga sentiasa  bertanya tentang cara pemasaran produk untuk meluaskan lagi perniagaan beliau seperti asas pengenalan perniagaan dalam dunia digital.

 Q3 1

 

 

USAHAWAN : MAKANAN SEJUK BEKU & KUIH MUIH

Nama  : Raja Norzalilawati Bt Raja Ibrahim

Umur  : 36 Tahun

Ahli    :  2018

 

Latar belakang

Puan Raja Norzalilawati Binti Raja Ibrahim merupakan seorang usahawan yang menyediakan makanan tradisional secara sejuk beku mengikut citarasa pelanggan. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang berminat dalam dunia perniagaan. Beliau juga pernah mengikuti kursus empower wilayah timur di gua musang dalam bidang sejuk beku makanan. Pada tahun 2008 beliau mula menceburi bidang jahitan setelah tamat pengajian dalam bidang jahitan di ciku anggun. Oleh itu beliau perlu mempelajari dan mendalami dunia ICT untuk lebih maju dalam dunia perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah mempelajari asas pengenalan perniagaan dan dunia digital dalam memasarkaan produk-prooduk beliau .Setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar produk-produk terkini untuk tatapan pelanggan di laman sosial. Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar tentang pemasaran serta kaedah terbaik untuk meningkatkan jualan melalui online dan menyertai latihan dan program ICT seperti e-usahawan dan eRezeki.

Q1 2

 

Nama : Rosilawati Bt Mat Lazim

Umur  : 39 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar belakang

Puan Rosilawati merupakan seorang tukang jahit yang telah mempelajari asas komputer bermula daripada menjadi ahli di pusat internet. Seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi. Jarak antara rumah dan PI mendorong Puan Rosilawati untuk terus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum berkunjung ke Pi1M, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas. Beliau menggunakan komputer untuk melayari youtube kerana beliau juga pernah mengikuti kursus jahitan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui kelas latihan ICT dan pembelajaran Asas Microsoft Office yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat, menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan  dengan  lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Setelah mengikuti kursus latihan Asas eRezeki belaiu kini mudah untuk mencari pekerjaan sampingan yang bersesuaian untuk mendapat pendapatan di samping kerjaya beliau sebagai tukang jahit. Banyak manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICt.

rosilawati