USAHAWAN : PELAMIN DAN ANDAMAN
Nama : Siti Zainab Binti Mustapha Umur : 23 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Siti Zainab merupakan seorang guru agama di sebuah sekolah swasta. Beliau mengusahakan Butik pengantin sebagai pekerjaan sampingan di sebabkan minat di dalam bidang andaman.Walaupun sudah ada pekerjaan tetap dan butik sebagai sampingan, beliau merancang menceburi dan mengembangkan lagi perniagaan dengan produk atau perkhidmatan yang lain. Perniagaan itu sendiri sangat luas dan beiau berasa seronok apabila dapat memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu beliau perlu mempelajari dan mendalami dunia ICT untuk lebih maju dalam dunia pernigaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah menggunakan medium laman sosial Facebook, WeChat dan Instagram untuk menarik perhatian orang ramai dengan memuat naik gambar berkenaan butik dan perkhidmatan yang ditawarkan. Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar tentang pemasaran serta kaedah terbaik untuk meningkatkan jualan melalui online dan menyertai latihan dan program ICT seperti e-usahawan dan eRezeki.