Nama : Shakila Nurul Aisyah Binti Mohamad Abu Zaman Umur : 27 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Bentuk perniagaan yang dijalankan adalah kelegkapan untuk majlis perkahwinan, pakaian pengantin, solekan pengantin serta fotografi. Shakila Nurul Aisyah merupakan graduan dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM). Berbekalkan ilmu semasa di Universiti beliau mula menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Beliau banyak mempelajari ilmu perniagaan serta rajin menuntut ilmu.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau seorang yang rajin mencari ruang dan peluang tidak kira dimana beliau berada. Minat yang mendalam dalam dunia solekan serta fesyen menjadikan syakila lebih berusaha untuk melebarkan sayap perniagaan disamping menceburi bidang ICT sebagai platform untu beliau lebih kukuh dalam bidang yang diceburi. Sebelum ini perniagaan beliau hanya diperkenalkan kepada rakan-rakan sekerja sahaja. Namun setelah mengetahui selok belok tentang perniagaan atas talian, perniagaan beliau semakin berkembang maju. Beliau juga menjadikan Facebook sebagai medium utama dalam dunia perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau sering menggunakan Pusat Internet sebagai rujukan serta tempat untuk beliau menyiapkan tugasan beliau. Beliau banyak belajar ilmu baru terutama dari segi bidang ICT hasil daripada kursus-kursus ynag dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet dan juga ilmu hasil perkongsian rakan-rakan yang mengikuti kursus komputer ynag sama. Kemahiran dalam penggunaan internet semakin maju menyebabkan beliau begitu selesa menjalankan perniagaan atas talian. Tempahan produk yang dijual juga semakin meningkat hasil daripada jualan atas talian.