USAHAWAN : BAKERI & PASTRI
Nama : Rosilawati Bt Mat Lazim Umur : 39 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Syarikat Rosilawati Binti Mat Lazim ditubuhkan pada 24/11/2019 oleh Puan Rosilawati Binti Mat Lazim dengan bermotifkan perniagaan bakeri & pastri. Syarikat ini mengendalikan pembuatan kek, donut, roti , pizza dan lain lain.Oleh kerana bakat dan minat dalam bidang masakan, beliau telah memulakan langkah berniaga pelbagai jenis makanan secara kecil-kecilan pada awalnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Hanya mahir menggunakan Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap minimum.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia onlinel. Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya .Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik.