USAHAWAN : MAKANAN ONLINE

Nama   : Nurul Izzatie Bt Mohammad

Umur    : 31 Tahun

Ahli       : 2010

 

 

Latar belakang

Nurul Izzatie Empire telah ditubuhkan pada tahun 2019 sebagai sebuah syarikat pengeluaran sumber makanan sahaja. Penubuhan ini diasakan oleh Nurul Izzatie Binti Mohammad iaitu pengurus syarikat merangkap pemilik syarikat ini sendiri. Oleh kerana bakat dan minat dalam bidang masakan, Nurul Izzatie telah memulakan langkah berniaga pelbagai jenis makanan secara kecil-kecilan pada awalnya. Perniagaan kecil Nurul Izzatie telah mendapat sambutan yang cukup baik oleh warga Chiku, Gua Musang. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan berimpian untuk memajukan dirinya melalui bidang masakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap  minimum.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar makanan western dan sejuk beku buatan sendiri di laman sosial. Disamping fb, beliau juga memuat naik produk-produk ke dalam my shop, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai program-program yang di anjurkan oleh Pusat Internet seperti program Jom Sihat dengan menyertai pertandingan Menu Sihat Sarapan Pagi.

izzati