Nama : Muhammad Rabasha Bin Razali Umur : 18 Tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Muhammad Rabasha Bin Razali merupakan seorang pelajar Giat Mara Gua Musang yang mengambil Kursus dalam bidang teknologi Automotif. Setiap minggu beliau akan di ajar bermula dari Asas Perniagaan sehingga Asas Micorsoft Word. Walaupun kurang mahir pada mulanya untuk menggunakan peralatan komputer tetapi beliau sering bertanya sekiranya kurang faham dan cepat untuk belajar. Seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi.Jarak antara rumah dan PI mendorong Muhammad Rabasha Bin Razali untuk terus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum berkunjung ke Pi, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas. Beliau menggunakan komputer atau lebih menggunakan kemudahan telefon untuk melayari youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan Asas Keusahawanan dan pembelajaran Asas Microsoft Office yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat,menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan dengan lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Setelah mengikuti kursus latihan Asas eRezeki yang merangkumi pelbagai skop belaiu kini mudah untuk mencari pekerjaan sampingan yang bersesuaian untuk mendapat pendapatan. Manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICt.