USAHAWAN : KOSMETIK ONLINE

Nama    : Nik Suhana Binti Nik Hassan

Umur     : 35 Tahun

Ahli        : 2009

 

 

Latar belakang

Puan Nik Suhana merupakan seorang kakitangan awam yang berkhidmat di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti di Chiku 3. Pendapatan bulanan jualan produk kecantikan ini memberi semangat buat beliau untuk lebih rajin dan berusaha untuk mencari pendapatan yang lebih tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap minimum sahaja. Pengenalan kepada dunia media sosial telah mendorong beliau untuk memasarkan lebih baik produk dan mendapat sambutan yang terbaik daripada seluruh komuniti. Terkini beliau telah mengikuti kelas keusahawanan yang mana memberi banyak pendedahan baru dalam dunia perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah berani untuk memasarkan produk beliau secara online. Setiap hari beliau akan memuat naik produk-produk untuk dipasarkan. Ini menyebabkan pelanggan lebih mudah untuk membeli. Beliau juga sentiasa membuat pembaharuan dari segi pemasaran terhadap produk yang dikeluarkan supaya menepati selera komuniti terkini.Beliau juga sering datang ke PI untuk merujuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT.

nik suhana