USAHAWAN : PRODUK JAHITAN
Nama : Rosmawati Binti Che Lah Umur : 43 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Pn Rosmawati Lah merupakan seorang tukang jahit yang telah mempelajari asas komputer bermula daripada menjadi ahli di pusat internet. Seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi. Jarak antara rumah dan PI mendorong Pn Rosilawati untuk terus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin. Beliau juga memasarkan produk puding,kek yang menarik dan enak serta harga yang sangat berpatutan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap minimum sahaja. Pengenalan kepada dunia media sosial telah mendorong beliau untuk memasarkan lebih baik produk dan mendapat sambutan yang terbaik daripada seluruh komuniti.
Terkini beliau telah menghasilkan produk terbaru untuk muslimah dan telah memasarkan produk di dalam my shop sebagai inisiatif untuk hasil yang lebih baik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah berani untuk memasarkan produk beliau secara online .Setiap hari beliau akan memuat naik produk-produk untuk dipasarkan. Ini menyebabkan pelanggan lebih mudah untuk membeli. Beliau juga sentiasa membuat pembaharuan terhadap produk yang dikeluarkan supaya menepati selera komuniti terkini. Beliau juga sering datang ke PI untuk merujuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT.