USAHAWAN  : AGENT PRODUK KOSMETIK

Nama  : Nor Mardhiyah Binti Awang

Umur  : 20 Tahun

Ahli     : 2017

 

 

Latar belakang

Merupakan pelajar lepasan SMK Bandar Chiku. Beliau mengusahakan jualan nasi untuk pelanggan di waktu pagi serta tengahari di samping jualan produk kecantikan Nurraysa sebagai agent yang sah. Beliau memiliki semangat yang teguh untuk mengusahakan kesemua kerja untuk memperoleh pengalaman dalam bidang perniagaan.Merupakan pengguna Pi1M Felda Chiku 3. Sangat berminat dengan kemahiran komputer dan teknologi. Mardhiyah terus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin. Beliau juga memasarkan produk di media sosial sebagai usaha untuk memarik minat pembeli selain menjual secara offline seperti di kedai makan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap minimum sahaja. Pengenalan kepada dunia media sosial telah mendorong beliau untuk memasarkan lebih baik produk dan mendapat sambutan yang terbaik daripada seluruh komuniti.

Terkini beliau telah memasarkan produk kosmetik untuk muslimah dan telah memasarkan produk di dalam my shop sebagai inisiatif untuk hasil yang lebih baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT beliau telah berani untuk memasarkan produk beliau secara online. Setiap hari beliau akan memuat naik produk-produk untuk dipasarkan. Ini menyebabkan pelanggan lebih mudah untuk membeli. Beliau juga sentiasa membuat pembaharuan terhadap gaya pemasaran supaya produk yang diiklankan mendapat perhatian para pelanggan dan mendapat keuntungan.Beliau juga sering datang ke PI untuk merujuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT.

 

12