Tarikh    : 14 Feb 2018

Masa     : 9.30 pagi - 1.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Felda Chiku 3

Peserta : 28 Orang

 
   

 

TUJUAN

Kelas E-usahawan bersama pelajar-pelajar Giatmara Felda Chiku 05 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara untuk memulakan perniagaan secara online.

AKTIVITI

Pelajar diterangkan mengenai asas laman web, agen-agen perniagaan online seperti facebook, instagram, shopee, lazada dan banyak lagi. Pendedahan seperti ini membantu pelajar untuk memulakan perniagaan kerana pelajar tersebut sudah mempunyai kemahiran tetapi tiada asas untuk memulakan perniagaan.

Gambar Disini

Tarikh   : 18 Januari 2019

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 Tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Chiku 3

Peserta : 13 Orang

 
   

 

TUJUAN

Pemeriksaan kesihatan diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunjung di Pusat Internet untuk lebih menghargai kesihatan dan menjaga kesihatan supaya dapat mencegah penyakit.  Pemriksaan kesihatan dari awal dapat mencegah penyakit daripada menjadi lebih kronik.

AKTIVITI

Pemeriksaan kesihatan terdiri daripada pemeriksaan BMI, Timbang Berat Badan, Ukur tinggi, Tekanan darah, dan Kandungan gula dalam darah.

Gambar Disini

Tarikh    :  23 Disember 2018

Masa     : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Tempat  : Pusat Internet Felda Chiku 3

Peserta : 7 Orang

 
   

 

TUJUAN

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta untuk berfikir secara kreatif dan pantas. Mereka diberi pendedahan berkaitan penggunaan internet secara berhemah dan mencari maklumat yang tidak tepat dan palsu. Selain itu, memberi pendedahan kepada permainan atas talian yang memberi input berguna kepada pelajar.

AKTIVITI

Pelajar membuat carian di web browser dan bermain permainan word search secara atas talian. Peserta diberi masa untuk mencari dengan pantas sambil belajar perkataan-perkataan yang berkaitan dengan Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini

Tarikh    :  29 Disember 2018

Masa     :  10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat  :  Pusat Internet Felda Chiku 3

Peserta :   13 Orang

 
   

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah membuat jadual waktu kelas dengan menggunakan Microsoft Word. 

AKTIVITI

Pelajar diberi tunjuk ajar untuk menghasilkan table di microsoft word dan menyunting gambar pada  jadual tersebut untuk kelihatan lebih menarik. Mereka juga diberi pendedahan mencari gambar menggunakan internet.

Gambar Disini

Tarikh     :  14 Disember 2018

Masa      :  08.00 pagi - 12.30 Tengahari

Tempat   :  Pusat Internet Felda Chiku 3

Peserta  :  130 Orang

 
   

 

TUJUAN

Program Jom Sihat diharap dapat memberi banyak manfaat kepada pengunjung yang hadir, program sebegini dapat memberi pendedahan kepada orang ramai supaya menjalani gaya hidup sihat. Pendedahan mengenai penjagaan kesihatan agar penyakit dapat dielak dan dirawat sebelum terlambat. Program ini juga untuk mempromosi Pusat Internet sebagai tempat pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat.

 

AKTIVITI

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Felda Chiku 3 melibat kerjasama beberapa agensi iaitu Kospen, Unit Tabung Darah Hospital Kuala Krai, Klinik Pergigian Chiku 3 dan Amsyar Optometrist.Terdapat banyak aktiviti yang menarik telah disediakan kepada pengunjung yang hadir pada hari tersebut antaranya pemeriksaan kesihatan, derma darah, ceramah kesihatan gigi, pemeriksaan gigi, pemeriksaan mata, senamrobik, kuiz kahoot, pertandingan puzzle, pertandingan poster dan pertandingan world search.

Gambar Disini