Tarikh   : 15 Januari 2020 (Rabu)

Masa    : 10.00 pg  - 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Latihan PI Felda Chiku 3

Peserta : 10 Orang

 

TUJUAN

Taklimat KDB iaitu teknologi dan anda memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar terutamanya remaja lepasan sekolah tentang kebaikan dan keburukan dalam teknologi internet masa kini.

AKTIVITI

Pelajar ini didedahkan dengan video kesedaran tentang kesan dan penggunaan internet masa kini serta sesi soal jawab dan berkongsi pengalaman dalam melayari internet pada masa kini.

Gambar Disini

Tarikh   : 10 December 2019

Masa    : 10.00 pg  - 1.00 ptg

Tempat : Bilik Latihan PI Felda Chiku 3

Peserta : 40 Orang

 

 

 

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan untuk menghargai pelajar-pelajar Giatmara Gua Musang yang telah banyak menyumbang kepada PI Felda Chiku 03. Mereka telah menghadiri kelas secara berjadual setiap khamis mengikut kumpulan yang ditetapkan. 

AKTIVITI

Selama setahun mereka diberi pendedahan mengenai Asas E-usahawan dan Asas Microsoft Office.Pada hari kejadian pelajar-pelajar diberi ulangkaji mengenai asas-asas pemasaran melalui media sosial dan diberi sedikit perhargaan selama bersama Pusat Internet Felda Chiku 03.

Gambar Disini

Tarikh   : 06 Okt 2019

Masa    : 10.30 pg - 12.00 tgh

Tempat : PI Felda Chiku 03

Peserta : 6 Orang

 
   

 

TUJUAN

Kelas E-Learning diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah mengenai pembelajaran di dunia ICT. Ianya memberi keseronakan kepada pelajar-pelajar untuk belajar sekaligus dapat menambah kemahiran dalam Bahasa Inggeris.

AKTIVITI

Pelajar diberi pendedahan menggunakan aplikasi pembelajaran secara atas talian di website https://www.digipuzzle.net/ untuk melatih dan membiasakan pelajar dengan perkataan dalam Bahasa Inggeris. Saguhati diberi kepada pelajar yang berjaya menghabiskan perkataan paling pantas. 

Gambar Disini

Tarikh   : 04 November 2019 (Isnin)

Masa     : 11.00 pg - 1.00 tgh

Tempat : SMK Chiku 02

Peserta : 50 Orang

 
   

 

TUJUAN

Taklimat KDB ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar terutamanya pelajar sek men untuk memberi kesedaran kepada mereka bahaya pengguna internet secara tidak berhemah.

AKTIVITI

Pelajar sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 diberi taklimat berkaitan dengan buli siber, penyantunan dalam talian, oversharing dan sebenarnya.my. Selain itu aktiviti kuiz KDB juga diadakan untuk menarik minat pelajar berkenaan Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini

 

Tarikh   : 15 September 2019

Masa    : 8.00 pg - 1.00 ptg

Tempat : Perkarangan Pusat Internet Felda Chiku 03

Peserta : 304 Peserta

 
   

 

TUJUAN

Program Hari Bersama Komuniti 2019 diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan juga mengeratkan kerjasama antara agensi-agensi tempatan.Selain itu juga ia bertujuan untuk menghebahkan kepada komuniti berkenaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Felda Chiku 03. Program ini dihadiri seramai 304 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk kampung Felda Chiku, Pelatih PPDK, Pelajar Giatmara, Pelajar Sek. Rend, Kanak-kanak Tabika dan Polis Bantuan Felda.

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pemeriksaan gigi, derma darah, kuiz kahoot, installation apps dashboard komuniti,  pertandingan teka coklat, kuiz spontan KDB, Cipta slogan dan banyak lagi. Antara agensi-agensi yang terlibat dalam pameran dan takilimat seperti Klinik Pergigian Chiku 03, Ptptn Cawangan Kuala Krai, Unit Tabung Darah HKK, Kospen, Andalusia Tarvel & tours, Amsyar Optermetrist, dan Public Mutual. Program ini juga menjemput usahawan tempatan untuk membuka booth mereka. Seterusnya, Pusat Internet juga telah mengadakan beberapa pertandingan pada hari sebelumnya seperti pertandingan mencipta poster, pertandingan mencipta video, Pertandingan Kuiz kahoot, Pertandingan Origami Tanjak Merdeka. Program ini juga turut dihadiri oleh pemimipin tempatan dan juga wakil TM dan juga MSD.

Gambar Disini