Tarikh : 06 Okt 2019 Masa : 10.30 pg - 12.00 tgh Tempat : PI Felda Chiku 03 Peserta : 6 Orang |
|
TUJUAN
Kelas E-Learning diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah mengenai pembelajaran di dunia ICT. Ianya memberi keseronakan kepada pelajar-pelajar untuk belajar sekaligus dapat menambah kemahiran dalam Bahasa Inggeris.
AKTIVITI
Pelajar diberi pendedahan menggunakan aplikasi pembelajaran secara atas talian di website https://www.digipuzzle.net/ untuk melatih dan membiasakan pelajar dengan perkataan dalam Bahasa Inggeris. Saguhati diberi kepada pelajar yang berjaya menghabiskan perkataan paling pantas.
Tarikh : 15 September 2019 Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg Tempat : Perkarangan Pusat Internet Felda Chiku 03 Peserta : 304 Peserta |
|
TUJUAN
Program Hari Bersama Komuniti 2019 diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan juga mengeratkan kerjasama antara agensi-agensi tempatan.Selain itu juga ia bertujuan untuk menghebahkan kepada komuniti berkenaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Felda Chiku 03. Program ini dihadiri seramai 304 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk kampung Felda Chiku, Pelatih PPDK, Pelajar Giatmara, Pelajar Sek. Rend, Kanak-kanak Tabika dan Polis Bantuan Felda.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pemeriksaan gigi, derma darah, kuiz kahoot, installation apps dashboard komuniti, pertandingan teka coklat, kuiz spontan KDB, Cipta slogan dan banyak lagi. Antara agensi-agensi yang terlibat dalam pameran dan takilimat seperti Klinik Pergigian Chiku 03, Ptptn Cawangan Kuala Krai, Unit Tabung Darah HKK, Kospen, Andalusia Tarvel & tours, Amsyar Optermetrist, dan Public Mutual. Program ini juga menjemput usahawan tempatan untuk membuka booth mereka. Seterusnya, Pusat Internet juga telah mengadakan beberapa pertandingan pada hari sebelumnya seperti pertandingan mencipta poster, pertandingan mencipta video, Pertandingan Kuiz kahoot, Pertandingan Origami Tanjak Merdeka. Program ini juga turut dihadiri oleh pemimipin tempatan dan juga wakil TM dan juga MSD.
Tarikh : 16 Ogos 2019 Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : Bilik Latihan PI Felda Chiku 03 Peserta: 9 Orang |
|
TUJUAN
Kelas Asas Paint ini dijalankan untuk memberi pendedahan Asas Komputer kepada pelajar -pelajar Sek Rendah sekaligus menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan golongan muda semperna bulan Kemerdekaan.
AKTIVITI
Pelajar diberikan gambar slogan tema kemerdekaan tahun ini iaitu ' Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih' dan mereka perlu mewarna slogan tersebut dengan cantik dan kretif menggunakan Paint.
Tarikh : 05 Sept 2019 Masa : 10.00 pg - 11.30 pg Tempat : Bilik Latihan PI Felda Chiku 03 Peserta : 10 Orang |
|
TUJUAN
Kelas E-usahawan bersama Pelatih - Pelatih Giatmara Felda Chiku 05 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara untuk memulakan perniagaan secara online.
AKTIVITI
Pelatih diterangkan mengenai asas laman web, agen-agen perniagaan online seperti facebook, instagram, shopee, lazada dan banyak lagi. Mereka diberi tutorial untuk membuka akaun email dan bagaimana untuk menggunakan email tersebut. Pendedahan seperti ini membantu pelajar untuk memulakan perniagaan kerana pelajar tersebut sudah mempunyai kemahiran tetapi tiada asas untuk memulakan perniagaan.
Tarikh : 29 Julai 2019 Masa : 3.00 pm - 5.00 pm Tempat: Bilik Latihan PI Felda Chiku 03 Peserta: 8 Orang |
|
TUJUAN
Latihan Microsoft word diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan ICT kepada ahli -ahli baru Pusat Internet yang terdiri daripada pelajar Sekolah rendah.
AKTIVITI
Peserta diberi pendedahan menggunakan tools shape di Microsoft word dan mereka perlu memilih, menulis, dan meletakkan gambar di dalam shape yang dihasilkan.