Tarikh   : 15 September 2019

Masa    : 8.00 pg - 1.00 ptg

Tempat : Perkarangan Pusat Internet Felda Chiku 03

Peserta : 304 Peserta

 
   

 

TUJUAN

Program Hari Bersama Komuniti 2019 diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan juga mengeratkan kerjasama antara agensi-agensi tempatan.Selain itu juga ia bertujuan untuk menghebahkan kepada komuniti berkenaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Felda Chiku 03. Program ini dihadiri seramai 304 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk kampung Felda Chiku, Pelatih PPDK, Pelajar Giatmara, Pelajar Sek. Rend, Kanak-kanak Tabika dan Polis Bantuan Felda.

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pemeriksaan gigi, derma darah, kuiz kahoot, installation apps dashboard komuniti,  pertandingan teka coklat, kuiz spontan KDB, Cipta slogan dan banyak lagi. Antara agensi-agensi yang terlibat dalam pameran dan takilimat seperti Klinik Pergigian Chiku 03, Ptptn Cawangan Kuala Krai, Unit Tabung Darah HKK, Kospen, Andalusia Tarvel & tours, Amsyar Optermetrist, dan Public Mutual. Program ini juga menjemput usahawan tempatan untuk membuka booth mereka. Seterusnya, Pusat Internet juga telah mengadakan beberapa pertandingan pada hari sebelumnya seperti pertandingan mencipta poster, pertandingan mencipta video, Pertandingan Kuiz kahoot, Pertandingan Origami Tanjak Merdeka. Program ini juga turut dihadiri oleh pemimipin tempatan dan juga wakil TM dan juga MSD.

Gambar Disini