Tarikh : 1 November 2018 Masa : 10.30 Pagi- 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Chiku 3 Peserta : 26 Orang |
|
TUJUAN
Program kerjasama antara Tabika Kemas As- Sabirin Felda Chiku 07 bagi memberi pendedahan pembelajaran secara digital supaya pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan memberi keseronokan kepada murid.
AKTIVITI
Murid-murid tabika didedahkan dengan mengguna aplikasi pembelajaran secara talian di website www.abcya.com/. Ianya dapat melatih murid membiasakan diri menggunakan tetikus dan papan kekunci, secara tidak langsung juga memberi latihan mengenal huruf Alphabet dan mengira kepada murid-murid.