Tarikh   : 12 Ogos 2018

Masa    : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi  : Pusat Internet Chiku 3

Peserta : 185 Orang

 
   

 

TUJUAN 

Program ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dengan komuniti setempat dan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada komuniti mengenai Aplikasi Dashboard Komuniti.

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada pengunjungan yang hadir antaranya Senamrobik, Kuiz Klik dengan Bijak, Taklimat Dashboard Komuniti, Pertandingan Gubuhan Dan Masakan,  Pemeriksaan Kesihatan (My Health),Sukaneka bersama pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), pendedahan mengenai Dashboard Komuniti iaitu My Komuniti, My Soal, My Shop dan Dashboard Attack (Install Apps).

Gambar Disini

 

 

 Tarikh : Sepanjang Julai

 Masa  : 9.30 pagi - 5.30 petang

 Lokasi : Pusat Internet Felda Chiku 3

 Peserta : 10 orang

 

TUJUAN

Memberi manfaat kepada komuniti terutama belia yang belum mempunyai pekerjaan stabil, suri rumah yang ingin menjana pendapatan tambahan yang menghubungkan mereka kepada peluang pekerjaan secara digital.

AKTIVITI

Peserta dilatih dan dipadankan dengan pekerjaan digital yang sesuai dengan kemahiran mereka. Antara platform yang diperkenalkan kepada peserta seperti 8coin, Moocash, Uper, Kumoten, Rezekee, Boleh Compare.com dan lain-lain platform yang sesuai mengikut kemahiran peserta.

Gambar Disini

 Tarikh : Setiap Hari Khamis 

 Masa : 3.00 petang - 4.00 petang 

 Lokasi : PI Felda Chiku 3

 Peserta : 8 orang

 

TUJUAN

Memberi latihan asas komputer di peringkat awal agar pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran internet bagi meningkatkan lagi mutu pengetahuan dan pembelajaran di peringkat persekolahan.

 

AKTIVITI

Latihan menaip menggunakan Microsoft Word agar pelajar dapat membiasakan diri dengan fungsi papan kekunci. Antara latihan yang dilaksanakan adalah menaip surat rasmi, surat tidak rasmi serta artikel dimana penggunaan Toolbar Home dan Insert ditekankan.

 

Gambar Disini

 Tarikh : 26 Julai 2018

 Masa  : 4.00 petang -5.00 petang

 Lokasi : Pusat Internet Felda Chiku 3

 Peserta : 8 orang

 

TUJUAN

Seramai 8 orang peserta menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelbagaikan kemahiran pengguna Pusat Internet agar dapat mengaplikasikan kemudahan yang disediakan secara berhemah. Dengan ini, pengguna tidak hanya terdedah kepada permainan atas talian yang boleh melalaikan pengguna tersebut.

AKTIVITI

Permainan Maze secara atas talian melalui www.coolmath-games.com dimana ianya mengasah kemahiran berfikir pengguna untuk berfikir secara kreatif sekali gus dapat mencari jalan penyelesaian untuk aktiviti tersebut. 

Gambar Disini

 Tarikh    : 10 - 11 Jun 2018

 
 Masa     : 9.30 pagi - 11.30 pagi

 Lokasi   : PI1M Felda Chiku 3

 Peserta : 10 orang

 

TUJUAN

Membina kreativiti peserta untuk mencipta kad raya peribadi disamping mengaplikasikan kemahiran perkomputeran yang telah dipelajari sebelum ini.

AKTIVITI

Mencipta kad raya peribadi yang ditujukan kepada ibu bapa masing-masing menggunakan Microsoft Office Power Point serta google image.

Gambar Disini