Tarikh : 7 Mac 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : PI1M Felda Chiku 3 Peserta : 10 orang |
Tujuan
Seramai 10 orang pelatih PDK Tunas Wawasan Felda Chiku 3 menyertai kelas ini yang diiringi oleh 2 orang guru. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelatih mengenai dunia ICT serta menarik minat mereka untuk menyertai aktiviti pembelajaran.
Aktiviti
Pada kali ini, pelatih diberi pendedahan cara menggunakan You Tube menggunakan komputer meja. Tutorial origami kotak dilaksanakan bagi menarik lagi minat mereka untuk mempelbagaikan penerokaan mereka selain hanya menonton video lagu dan cerita.
Program : Kelas Asas ICT Tarikh : 3 Februari 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi1M Felda Chiku 3 |
TUJUAN
Seramai 9 orang peserta yang mengikuti kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah.Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada peserta agar sentiasa mengaplikasikan kemahiran ICT dalam penggunaan seharian disamping mengisi masa lapang dihujung minggu.
AKTIVITI
Para peserta diberi latihan mencipta surat kiriman rasmi dimana ianya kemahiran penggunaan toolbar Home dan Insert selama 1 jam untuk menyiapkan laihan tersebut. Selepas menyiapkan latihan tersebut, peserta diberi peluang untuk membuka permainan pendidikan iaitu jigsaw puzzle dimana, disini kemahiran penggunaan tetikus diperlukan di samping membuka minda agar lebih kreatif dan fokus.
Gambar Disini
Tarikh : 4 Disember 2017 Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg Lokasi : Pi1M Felda Chiku 3 Peserta : 8 orang |
TUJUAN
Menggalakkan pelajar untuk belajar dan mengetahui asas Micrososft Word serta menanam sikap ingin belajar kepada pelajar. Tujuan ini juga untuk memperkenalkan kepada komuniti kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).
AKTIVITI
Menjalankan dan memperkenalkan Microsoft Word kepada pelajar. Selain itu, memberi latihan pengenalan asas menaip serta latihan penggunaan toolbar Insert.
Tarikh : 23 Januari 2018 Masa : 2.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi1M Felda Chiku 3 Peserta : 33 orang |
TUJUAN
Soal selidik ini dilaksanakan oleh pensyarah dari UITM setelah mendapat geran daripada SKMM iaitu Dr. Kiranjir Kaur. Objektif soal selidik ini adalah untuk mengkaji keberkesanan PI1M supaya selari dengan matlamat SKMM dan masyarakat untuk menjadi PI1M sebagai tempat rujukan dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat setempat supaya selari dengan masyarakat di bandar.
AKTIVITI
Soal selidik ini melibatkan pelbagai kategori peringkat umur terutama warga emas seramai 10 orang, golongan pertengahan seramai 25 orang, serta pelajar berumur 12 tahun keatas dimana para pengguna Pi1M perlu menjawab soalan yang disediakan oleh pihak UiTM.
Program : Kelas Asas Komputer Tarikh : 4 Disember 2017 Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg Lokasi : Pi1M Felda Chiku 3 Peserta : 8 orang |
TUJUAN
Menggalakkan pelajar untuk belajar dan mengetahui asas Micrososft Word serta menanam sikap ingin belajar kepada pelajar. Tujuan ini juga untuk memperkenalkan kepada komuniti kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).
AKTIVITI
Menjalankan dan memperkenalkan Microsoft Word kepada pelajar. Selain itu, memberi latihan pengenalan asas menaip, mereka juga berpeluang untuk menggembara dalam Microsoft Word serta membuat surat - menyurat.