Masakan Tradisional Kelantan


Nasi Berlauk Emma

 

   

Kedai makan ini terletak di Felda Chiku 03, berhampiran stesen minyak Shell Koperasi Felda Chiku 3. Kedai ini menjadi tumpuan penduduk sekitar dan juga orang yang melalui jalan tersebut kerana menyediakan pelbagai jenis makanan serta kuih muih yang menjadi kegemaran penduduk Kelantan. Antara menu yang mendapat sambutan adalah Nasi Kerabu dan ayam masak pedas. Kedai ini dibuka pada waktu pagi sahaja, bermula jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi.