SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU 03

Bermulanya pembukaan tanah baru di kawasan hulu negeri Kelantan, telah banyak memberi peluang-peluang pekerjaan dan penempatan baru. Hal ini termasuklah di kawasan Gugusan Felda Chiku. Dari situlah lahirnya kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka.

Sekolah ini mula dibuka pada 1.1.1987. Pada awalnya, ia merupakan sekolah cawangan di bawah kelolaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chiku 2. Guru Besar yang pertama ialah En. Jaafar bin Yusof. Sekolah ini bermula dengan 10 bilik darjah yang ditempatkan sementara dibangunan lama Pejabat Felda Chiku 3.

Sekolah ini dimerdekakan pada 1.4.1988. Masih berada di lokasi lama, tetapi sudah mendapat bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Tuan Haji Mat Hussin bin Awang Hamat telah dilantik menjadi Guru Besar yang pertama selepas dimerdekakan. Beliau bersara secara pilihan pada 31.12.1993. Satu lokasi baru telah dikenalpasti untuk membina bangunan baru.

Sebidang tapak seluas 13.22 ekar di Bandar Chiku 03 pada 1.12.1991. Nama ini diberi bertepatan sekali dengan lokasi sekolah yang terletak di kawasan Felda Chiku 03. Tambahan pula, pada suatu waktu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok ciku.