SEKOLAH MENENGAH BANDAR CHIKU 3

Sekolah Menengah Bandar Chiku didirikan di kawasan Tanah Rancangan Felda Gugusan Chiku yang terletak di Jajahan Gua Musang, Kelantan untuk memenuhi aspirasi para peneroka felda yang mahukan anak-anak mereka mendapat peluang menimba ilmu sama seperti anak-anak di tempat lain. Maka oleh itu pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk membina sebuah sekolah di atas tapak seluas 25.121 ekar yang terletak antara Tanah Rancangan Felda Chiku 03, 05 dan 6.

Tanggal 3 Disember 1989, SMK Bandar Chiku telah dibuka dengan rasminya dengan  menerima pelajar sulung Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang berpindah dari SM Gua Musang / SMK Tengku Indera Petra 1 untuk memulakan sesi pengajian 1990/91. Kumpulan pertama ini telah berjaya menduduki peperiksaan Sijil Rendah pelajaran (SRP) pada tahun 1991 dan SPM pada tahun 1993.

Pengambilan kumpulan pelajar perintis itu seramai 350 orang dengan 21 tenaga pengajar. Namun, perubahan masa telah menyaksikan pertambahan bilangan pelajar yang begitu pesat sekali. Kini, SMKBC menampung 1,700 orang pelajar dengan 106 tenaga pengajar yang bertauliah. Walau bagaimanapun, sesi persekolahan telah dijalankan dalam 2 sesi lantaran bilangan kelas yg masih tidak mncukupi untuk menampung pembelajaran dalam satu sesi. Terdapat 35 kelas untuk sesi pagi (Ting. 3 - Ting. 6) dan 20 kelas sesi petang (Ting. 1 - Ting. 2).

Pada tahun 1995, sebuah asrama telah didirikan untuk menampung para pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dan menghadapi kesukaran untuk berulang-alik. Asrama ini mula digunakan pada tahun 1998 dan mampu menampung sehingga 400 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Terdapat pelbagai kemudahan untuk kegunaanan pelajar dan guru seperti Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Dewan Besar dan kantin yang baru telah disediakan.  Ternyata, sepanjang 17 tahun penubuhannya, SMKBC telah mengalami perubahan yang begitu pesat, baik dari segi akademik mahupun bukan akademik.

 

Sumber : En. Abd Aziz Kassim