USAHAWAN  : KOSMETIK

NAMA     : Nurul Nazilah binti Mahasan

UMUR     : 33 Tahun

AHLI       : 2018

 

Latar belakang

Pn Nazilah merupakan seorang surirumah yang berjaya dalam perniagaan. Kegigihan beliau dalam bidang perniagaan kosmetik mampu memberi hasil yang lumayan setiap bulan. Perniagaan kecil Pn Nazilah telah mendapat sambutan yang cukup baik oleh warga Chiku untuk penghantaran secara COD. Beliau juga memasarkan produk kepada komuniti yang berminat di luar negeri-negeri. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan berimpian untuk memajukan dirinya melalui bidang Perniagaan Online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap minimum.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook,Shopee beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar produk kosmetik di laman sosial. Disamping fb, beliau juga mempelajari perniagaan Online Shopee, whatsapp dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai program-program yang di anjurkan oleh Pusat Internet seperti Program Usahawan Baru Online dengan menyertai pertandingan Usahawan Baru Online.

nurul nazilah