USAHAWAN : KAMPING PERAP DAN PRODUK KECANTIKAN

Nama    : Nik Suhana binti Nik Hassan

Umur    : 37 Tahun

Ahli       : 2010

 

 Latar belakang

Nik Suhana merupakan seorang sukarelawan yang bekerja di Pusat Dalam Komuniti (PDK) di Felda Chiku  3. Beliau juga merupakan seorang usahawan yang menjual produk kesihatan dan kecantikan.Kemahiran dan pembelajaran secara Online di Pusat Internet banyak mengajar Nik Suhana dalam pemasaran produk. Produk yang dijual secara Online menerusi Whatsap dan facebook banyak mendapat sambutan dalam kalangan komuniti.

Baru-baru ini pula beliau mengusahakan perternakan kambing ,Kemudian beliau juga memasarkan produk tersebut. Proses pembelajaran masih diteruskan sebagai usaha kearah meningkatkan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Perniagaan beliau telah mendapat sambutan yang cukup baik oleh warga Chiku serta sekitar Gua Musang untuk penghantaran secara COD.Beliau juga banyak menerima tempahan daripada komuniti. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan berimpian untuk memajukan dirinya melalui bidang Perniagaan Online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja.Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap  minimum.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook,Shopee beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online.Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar  serta komen-komen daripada Pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan beliau.Disamping fb, beliau juga mempelajari perniagaan Online Shopee, whatsapp dan sebagainya.Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai program-program yang di anjurkan oleh Pusat Internet seperti FB Ads,Program Usahawan Baru Online dengan menyertai pertandingan Usahawan Baru Online.

nik suhana