Nama     : Nurul Sazliana Binti Azman

Umur     : 19 Tahun

Ahli        : 2014

 

Latar belakang

Sazliana merupakan pelajar Universiti Swasta. Beliau telah lama mempelajari asas komputer sejak dari sekolah rendah lagi. Beliau sentiasa ke Pusat Internet untuk mempelajari asas-asas komputer terkini memandang kan masa sekarang memerlukan kemahiran internet yang sangat baik. Pada masa PKP & PKPP beliau sering ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan dan mengulangkaji,menjawab peperiksaan dan kuiz.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas. Beliau menggunakan komputer hanya untuk mencari maklumat-maklumat untuk kerja yang dilakukan sebelum ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT dan pembelajaran Asas Microsoft Office serta Aplikasi Online terkini seperti Google Meet,Canva yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat,menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan  dengan  lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Beliau juga kini boleh membuat resume yang lebih baik daripada sebelum ini  setelah mengikuti kelas Aplikasi Canva.Banyak manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICT.

sazliana