Nama : Nor Husnina Yusra binti Mohd Rosli

Umur  :19 Tahun

Ahli     : 2020

 

Latar belakang

Husnina merupakan seorang remaja lepasan spm yang sedang mencari pekerjaan. Beliau ingin mempelajari asas komputer untuk mencari pekerjaan di dalam bidamg yang diminati. Dengan usaha yang ditunjukkan beliau seringkali menggunakan kemudahan internet di PI untuk memahirkan diri serta meluangkan masa sebagai hobi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum berkunjung ke Pusat Internet, tahap penguasaan ICT beliau adalah ditahap asas.bBeliau menggunakan komputer hanya untuk mencari maklumat-maklumat untuk kerja yang dilakukan sebelum ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT dan pembelajaran Asas Microsoft Office serta Aplikasi seperti Canva yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Chiku 3, beliau kini boleh menggunakan kemahiran komputer seperti mencari maklumat,menyimpan maklumat, membuat folder, membuat pengiraan, membuat perbentangan  dengan  lebih berkeyakinan menggunakan komputer. Beliau juga kini boleh membuat resume yang lebih baik daripada sebelum ini setelah mengikuti kelas Aplikasi Canva. Banyak manfaat dan kebaikan yang telah diperolehi dalam mengenali dunia ICT.

WhatsApp Image 2020 12 09 at 12.11.10 PM 1