USAHAWAN    :  MAKANAN

Nama     :  Siti Nurain Binti Ismail

Umur      :  27 Tahun

Ahli         :  2019

 

Latar belakang

Siti Nurain telah menjalankan perniagaan makanan serta menjadi agen kepada produk STG. Produk sampingan lain yang dijalankan seperti produk makanan iaitu donut,kek bajet,pelbagai aneka roti dan sebagainya. Beliau juga banyak menerima tempahan daripada komuniti. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan berimpian untuk memajukan dirinya melalui bidang Perniagaan Online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran komputer adalah kurang mahir dan hanya boleh menggunakan kemahiran internet di tahap yang minimum sahaja. Media Sosial seperti Facebook boleh dikuasai di tahap minimum.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan kepada teknologi ICT terutama dunia Facebook,Shopee beliau telah memasarkaan produk beliau ke dalam dunia online. Setelah mempelajari teknik foto, setiap masa beliau akan memuat naik gambar-gambar serta komen-komen daripada Pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan beliau. Disamping fb, beliau juga mempelajari perniagaan Online Shopee, whatsapp dan sebagainya.Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk belajar dan bertanya mengenai online banking untuk pasaran yang lebih baik dan menyertai program-program yang di anjurkan oleh Pusat Internet seperti FB Ads,Program Usahawan Baru Online dengan menyertai pertandingan Usahawan Baru Online.

ain