Tarikh : 22/09/2022 (Khamis) Masa : 10.00pg - 1.00ptg Tempat : Bilik Latihan PEDi Felda Chiku 3 Peserta : 26 Orang |
|
TUJUAN
Latihan Microsoftword diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan ICT kepada belia-belia terutamanya pelajar-pelajar Giatmara Gua Musang.
AKTIVITI
-Bagi latihan kali ini mereka diberi tugasan menaip untuk pelajar.
-Mereka diperkenalkan Toolbar dan mempraktiskannya.
Tarikh : 26 Ogos 2022 (Jumaat) Masa : 9.30pg -12.00pg Tempat : PEDi Felda Chiku 3 Peserta : 30 Orang |
|
TUJUAN
Program Hari Bersama Komuniti diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti .Selain itu juga ia bertujuan untuk menghebahkan kepada komuniti berkenaan perkhidmatan yang disediakan di PEDi Felda Chiku 3. Program ini dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan pada hari tersebut semperna bulan kemerdekaan antaranya ialah quizizz merdeka, puzzle merdeka dan juga poster kemerdekaan. Selain itu juga diselitkan tayangan video KDB untuk pelajar-pelajar.
Tarikh : 08/08/2022 (Isnin) Masa : 10.00pg -12.00tgh Tempat : PEDi Felda Chiku 3 Peserta : 2 Orang |
|
Tujuan
Tujuan kelas diadakan adalah untuk membuat resume menggunakan Miscosoft Word kepada pelajar lepasan SPM
Aktiviti
-Pelajar dikehendaki menyediakan satu resume untuk kegunaan mereka.
-Petugas mencadangkan beberapa contoh yang ang sesuai untuk mencipta resume.
-Pelajar mempratikan dengan menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan resume.
Tarikh : 25 Ogos 2022 (Khamis) Masa : 10.00pg -12.00tgh Tempat : PEDi Felda Chiku 3 Peserta : 30 Orang |
|
TUJUAN
Program Suai kenal ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih giatmara mengenai pengenalan kepada usahawan.
AKTIVITI
Pelatih pelatih Giatmara didedahkan dengan pengenalan kepada usahawan iaitu cara membuka kedai di shopee. Selain itu juga mereka diberi taklimat KDB mengenai bully siber. Pelatih juga diberi taklimat tentang promosi PEDi,sebagai pengenalan untuk memulakan kelas yang akan datang.
Gambar Disini
Tarikh : 21/07/2022 (Khamis) Masa : 10.00pg -12.00 tgh Tempat : Bilik Latihan PEDi Felda Chiku 3 Peserta : 12 Orang |
|
TUJUAN
Program kerjasama antara Tabika Kemas Al-Mansor & Al-Khodirun bagi memberi pendedahan pembelajaran secara digital supaya pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan memberi keseronokan kepada pelajar
AKTIVITI
Pelajar-pelajar tabika didedahkan dengan mengguna aplikasi pembelajaran secara talian di website www.abcya.com/. Ianya dapat melatih pelajar membiasakan diri menggunakan tetikus dan papan kekunci, secara tidak langsung juga memberi latihan mengenal huruf Alphabet dan mengira kepada pelajar.